Isnin, 3 Julai 2023

Baby Syurgaku Hydrops Fetalis .

 Nur Alissa Safia Binti Hasmahadi.


Detail scan dekat Hoshas. 27 Minggu 2 hari. Masa 2 saya ada fibroid. Masa detail scan tu lah sonographer tu cakap yang dia nampak Hydrop Fetalis pada baby saya tetapi dia tidak berani untuk mengulaskan.Lepas 2,doktor pakar hoshas pun Scan perut saya lagi sekali nak kepastian betul ke ada abnormalities .


Lama pakar scan perut saya  masa tu saya memang xsedap hati. Pakar bagi tahu,dalam badan baby saya penuh dengan air, kepala,perut,jantung. Nama Penyakit Ni Adalah HYDROP FETALIS .


Keesokkan harinya,saya datang lagi,sebab Pakar MFM dr HTAA akan turun.Dan kes saya refer ke MFM (Maternal Fetal Medicine)  Pakar pun mmg ada jumpa air pada organ2 baby dan pakar juga mengatakan bahawa air banyak.Air Ketuban sy juga banyak. Saya serta susmi terdiam. Darah saya diambil,darah suami juga diambil.


Doktor pakar MFM cadangkan Saya untuk buat Amniosintesis dimana Air ketuban saya diambil utk cek kromosom atau penyakit genetik.Tetapi xboleh,sebab uri saya berada di atas,nanti ujian 2 bercampur dengan darah dari uri.MFM scan,jantung anak saya ada masalah,tidak nampak injap jantung.


23hb 5  ,saya di refer ke Hospital Serdang bahagian Cardeology.Alhamdulillah,doktor pakar scan,injap semua ada.Tapi, perfomens jantung je xcantik.60% je doktor cakap.Kalo boleh,doktor cakap biar lahirkan baby cukup bulan.


21hb 6,saya ada appoiment di Hoshas,pakar MFM dr HTAA turun. Pakar cakap baby kurang darah,mungkin jantung bengkak, xdapat nak pam darah dengan stabil ke otak..Tapi baby saya baru 8bulan 4 hari,baby masih pramatang. Saya bersetuju untuk di Czer . Pakar MFM mahu selamatkan baby.Pakar cakap  Kita keluarkan baby puan awal sbb nk selamatkan nyawa baby puan.Nanti baby puan akan guna alat bantuan pernafasan sebab xcukup bulan. Akhirnya saya ditahan wad dan diplan utk Czer Pada esoknya


Diwad labour room,saya diberi suntikan untuk matangkan paru,ubat mgs04 on 24jam.Saya ditolak ke MOT (Maternal Operation Theatre) Sebelum masyk dewan bedah,doktor pakar nicu datang junpa saya.Doktor bagi tahu,Kalau baby keluar menangis,doktor akan bagi bantuan alat pernafasan,kalau xnangis, doktor xbagi alat bantuan pernafasan.Sy jumpa suami saya sebelum ditolak dan sempat bersalaman. Suami saya tk boleh teman sbb Czer kan.Saya bg tahu suami,apa yang doktor bagi tahu saya.



Dalam labour room saya dibius oleh pakar bius perempuan.Pakar bagi tahu,kalau bius xjalan,mereka akan bius 1 badan.Lepas dorang cucuk belakang saya, Terus kebas start perut sampai kaki. Tak rasa apa².


Lebih kurang setengah jam  dalam dewan bedah tu, Baby saya selamat dilahirkan pada 2.22 petang.Tetapi saya xdengar baby menangis,Dia dilahirkan hidup.Saya minta letak atas saya,saya bagi salam.Baby memang lemah,2 kali je buka mulut.Baby saya sempurna,kepala xbesar,perut xbengkak.Doktor ambil balik baby nk timbang.Tepat 2.50 petang,doktor bahagian wad nicu datang pada saya,minta maaf puan,anak puan dah tiada.Mengalir air mata saya.Doktor dah tolong azan n iqamah kan baby syurga saya.Terima kasih allah,atas pinjaman 228 hari didalam rahimku,23minit bernafas di peluk kanku...


Al-Fatihah Anakku .


Tunggu ibu abah ya sayang....

Khamis, 4 Mei 2017

Penyatuan Dua Jiwa.





27 11 2010

Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar,berkat dri pertolongan jiran2 serta saudara maraku,semua ok.
Masakan pengantin jiran-jiranku yang tlg sediakan.Ukiran buah-buahan semua atas pertolongan kawan-kawan suamiku,terima kasih semua.Macam2 aktiviti abah dan mak aku sediakan.
Karaoke,cabutan bertuah,tabur gula.
Bahagia sangat aku,macam tidak sangka,aku telah bergelar isteri.