Isnin, 30 Mac 2009

Info untuk lelaki..

Panas Baran - Menurut satu kajian, lelaki berjaya mengawal kemarahan dan stress mempunyai jangka hayat lebih 10 tahun berbanding mereka yang mempunyai sifat panas baran yang tidak terkawal.

Lihat & Dengar - Lelaki boleh membaca tulisan yang lebih kecil berbanding wanita manakala wanita mempunyai pendengaran yang lebih tajam berbanding lelaki.

Putih & Hitam - Mengikut pemerhatian yang dibuat, lelaki lebih gemar memakai kameja yang berunsurkan warna hitan dan putih. Ini kerana bagi mereka kedua-dua warna ini senang dipandankan dengan apa jua jenis warna seluar yang mereka pakai.

Usah risau - Lelaki yang kehilangan rambut tidak perlu gusar kerana menurut satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, wanita lebih tertarik kepada bahagian perut dan punggung lelaki berbanding dengan kepala atau rambut.

Bertambah Ukuran - Pada tahun 1985, saiz pinggang yang popular dikalangan lelaki adalah saiz 32 tetapi pada tahun 2003, ia bertukar kepada saiz 36.

Lebih Romantik - Sebanyak 85% kad Valentine telah dibeli oleh kaum wanita berbanding hanya 15% oleh lelaki.

Mata berkelip - Secara purata, mata lelaki akan berkelip sebanyak 6,205,000 kali setiap tahun manakala wanita pula berkelip dua kali ganda lebih daripada lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan