Isnin, 8 Ogos 2011

Akad nikah...


26hb 11 tahun 2010.
Aku NorZahira Binti Hassan,
sah menjadi isteri kepada suamiku
Hasmahadi Bin Daud,
akad nikahku sah pas 2x,
kerana suamiku gementar.
Upacara akad nikahku berjalan
di surau Mempaga Tiga.
Berwalikan ustaz alia,kerana
abahku gementar untuk mewalikan aku.
Mana tidaknya kan,aku anak sulung.Upacara batal air sembahyang,
suamiku memberi seutas gelang tangan.Dan suamiku sebentuk cincin.

















Undangan Perkahwinan













Jodoh Pilihan Keluarga






Siapa sangka,bercinta bukan main nak rak,akhirnya pilihan keluarga juga yang menjadi jodoh aku.Aku mengenali bakal calon suamiku pada 15 07 2009.Tapi aku tidak kisah,kerana aku telah mengenalinya sejak dibangku sekolah lagi.Bahagia sangat aku rasa,walaupun pilihan keluarga,ramai orang cakap kami macam bukan pilihan keluarga,Mana tidaknya dahulu dia salah seorang yang menjadi rebutan budak-budak perempuan.Walaupun dia tidak mengenaliku,aku memang sudah lama meminatinya dari bangku sekolah.Sebelum bertunang kami mengenali dengan lebih rapat selama3bulan dahulu .Dia bekerja sebagai chef commis 1 di Novotel City Central Kuala Lumpur.Nasib baik aku pandai masak,kalau tidak,malu aku dengan dia sebab dia pandai masak.Tapi tidak lah sehebat dia.Tanggal 4hb 10 tahun 2010,aku Norzahira Binti Hassan telah menjadi tunang kepada Hasmahadi Bin Daud.Pertunangan aku diadakan di rumah tok wan aku,Tok wan aku tinggal Di Kampung Sertik,Karak.Memang 1 kampung dengan tunang aku ini lah...