|
Isnin, 30 Mac 2009
Taktik Mengurat 101
Ayat-Ayat Mengurat
Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari. Ayat Mengurat Romantis
|
Tips Kempiskan Perut Boroi
| ||||||
| Perut boroi dan gendut memang mencacatkan penampilan. Ikuti dan amalkan langkah berikut untuk mendapatkan perut yang cantik berotot:- |
5 Cara Mudah Jaga Penampilan Diri
Okay boys, anda sudah tahu penampilan fizikal memainkan peranan penting. Kini tiba waktunya anda memeriksa seluruh tubuh badan. Berdiri di hadapan cermin dan mulakan memeriksa anggota badan satu persatu. Jika ada yang tidak memuaskan, lakukan sesuatu demi kebaikan anda. Selain itu, tip yang diberikan ini dapat mengubah penampilan dan pastinya anda akan berasa lebih selesa serta yakin. Si dia juga pasti mahu mendekati diri anda. 1. Rambut kemas, bersih dan sihat
Rambut beruban juga antara masalah yang mula menghantui lelaki muda. Masalah ini bukan sahaja disebabkan faktor genetik tetapi juga faktor pemakanan. Sekiranya anda mengalami masalah ini, atasinya dengan cara mewarnakan rambut. Bagi yang pertama kali ingin mewarnakan rambut, disarankan anda mendapat khidmat dan nasihat dari salun. Tanya mereka yang pakar untuk tip lakukan sendiri di rumah. Sekiranya anda memilih untuk berambut panjang, pastikan anda menggayakannya dengan kemas. 2. Rawat Wajah Anda
Anda juga boleh menjaga kulit wajah dari dalam. Seperti kata Dr. Perricone, pakar anti penuaan, untuk menjadikan kulit sentiasa sihat dan kelihatan muda, makan makanan yang berkhasiat. Contohnya ikan salmon (mengandungi DMAE, astaxanthin and asid lemak), sayur-sayuran berdaun hijau, cantaloupe, buah beri biru, rasberi, strawberi (kaya antioksidan), kekacang, asparagus, brokoli, bayam dan sudah tentu minum air kosong lebih banyak. 3. Cukur atau trim rerambut 4. Manicure Pedicure 5. Gigi Putih Bersih |
HALANGAN PERCINTAAN
cinta bukanlah paksaan. bahkan cinta akan hadir tanpa jemputan dan undangan. kalau pun bukan kita yang mengundang, pasti insan lain yang menjemput kita hadir dalam cintanya.
cinta amat menyakitkan, apatah lagi dalam satu masa hadir beberapa insan yang mengundang dan insan yang kita harapkan. membuatkan diriku serba salah, serba tak kena, sukar membuat pilihan dan tidak keruan. membuatkan aku menangis sendirian kerana selama ini tiada siapa pun yang inginkan hadirnya diriku dalam cinta mereka.
cukuplah kekecewaan yang telah ku alami. kali ini biarlah pilihanku tepat, kerana tidak mahu tangisan ini dipersiakan lagi. taknak hati terguris lagi… dan tak mahu melihat kekecewaan orang lain yang akhirnya mengundang penolakan kepada semua cinta yang hadir dan memusnahkan erti pengharapan yang dicelarui dengan hadirnya cinta yang banyak dalam satu masa…
musafir kenangan
Info LELAKI 10 Tanda Lelaki HIPOKRIT
1. Pentingkan Diri Sendiri ; tidak langsung mengendahkan situasi dan keadaan kamu
2. Mendesak ; ikut kehendak dan keinginan dirinya (termasuk perkara yang tidak masuk akal) tanpa mempedulikan perasaan kamu
3. Meminta-Minta ; menjadikan kamu sebagai lombong emasnya
4. Mengungkit ; seolah-olah dia sahaja yang banyak berkorban untuk cintamu
5. Iri Hati ; mencemburui kelebihanmu
6. Balasan ; tidak ikhlas selama dalam perhubungan kerana mengharap ganjaran
7. Putar Belit ; lembut gigi dari lidah, lain yang dikata lain yang dilaksana
8. Tidak Tepati Janji ; bukan sekadar janji, malah masa pun sering tidak ditepati
9. Berat Tulang ; pemalas, tidur siang, malam berseronok
10. Tidak Sanggup Susah ; bila senang kitalah segalanya, bila kita susah dia entaj ke mana…
Info untuk lelaki..
Panas Baran - Menurut satu kajian, lelaki berjaya mengawal kemarahan dan stress mempunyai jangka hayat lebih 10 tahun berbanding mereka yang mempunyai sifat panas baran yang tidak terkawal.
Lihat & Dengar - Lelaki boleh membaca tulisan yang lebih kecil berbanding wanita manakala wanita mempunyai pendengaran yang lebih tajam berbanding lelaki.
Putih & Hitam - Mengikut pemerhatian yang dibuat, lelaki lebih gemar memakai kameja yang berunsurkan warna hitan dan putih. Ini kerana bagi mereka kedua-dua warna ini senang dipandankan dengan apa jua jenis warna seluar yang mereka pakai.
Usah risau - Lelaki yang kehilangan rambut tidak perlu gusar kerana menurut satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, wanita lebih tertarik kepada bahagian perut dan punggung lelaki berbanding dengan kepala atau rambut.
Bertambah Ukuran - Pada tahun 1985, saiz pinggang yang popular dikalangan lelaki adalah saiz 32 tetapi pada tahun 2003, ia bertukar kepada saiz 36.
Lebih Romantik - Sebanyak 85% kad Valentine telah dibeli oleh kaum wanita berbanding hanya 15% oleh lelaki.
Mata berkelip - Secara purata, mata lelaki akan berkelip sebanyak 6,205,000 kali setiap tahun manakala wanita pula berkelip dua kali ganda lebih daripada lelaki.
Hadapi Masalah?
1. Relaks, bertenang & tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan secara perlahan-lahan & ulang beberapa kali. Kaedah ini akan membantu melegakan otot yang tegang serta menenangkan fikiran.
2. Luahkan masalah tersebut kepada teman-teman yang boleh dipercayai. Walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi cara ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang kamu tanggung.
3. Bandingkan masalah yang dihadapi dengan orang lain. Mungkin masalah yang kita hadapi ini terlalu kecil berbanding dengan orang lain. Ini juga akan membuatkan kita akan berasa lebih tenang.
4. Luahkan perkara-perkara yang diminati dan ini sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa untuk memikirkan tentang masalah yang dihadapi.
5. Bercuti ditempat percutian menarik yang belum pernah kamu kunjungi. Ini akan membantu kamu menimba pengalaman baru.
6. Fikirlah secara positif dan ingatkan diri bahawa masalah tersebut hanyalah ujian dan dugaan dari ALLAH.
MENANGIS....PERLUKAH MENANGIS..BILA DIBOLEHKAN MENANGIS.......ADAKAH TANGISAN ITU BOLEH DIPAKSA.......
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)
Lelaki Lebih Suka Wanita Cantik Bodoh
| Kajian baru mengesahkan lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik. Tinjauan menunjukkan 73 peratus lelaki lebih berkemungkinan memilih gadis seperti pemenang siri Celebrity Big Brother's, Chantelle Houghton berbanding bintang Cabaran Universiti, Gail Trimble. Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka. Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak. Bagaimanapun, hampir tiga perempat wanita berkata mereka mencari lelaki bijak berbanding wajah kerana lelaki kacak terlalu sombong sebaliknya lelaki bijak boleh menyediakan kesenangan kepada mereka. Cuma seorang dalam 10 wanita memilih lelaki kacak berbanding yang bijak kerana 'seks pastinya lebih baik'. |
---|
Lelaki Lebih Suka Wanita Cantik Bodoh
| Kajian baru mengesahkan lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik. Tinjauan menunjukkan 73 peratus lelaki lebih berkemungkinan memilih gadis seperti pemenang siri Celebrity Big Brother's, Chantelle Houghton berbanding bintang Cabaran Universiti, Gail Trimble. Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka. Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak. Bagaimanapun, hampir tiga perempat wanita berkata mereka mencari lelaki bijak berbanding wajah kerana lelaki kacak terlalu sombong sebaliknya lelaki bijak boleh menyediakan kesenangan kepada mereka. Cuma seorang dalam 10 wanita memilih lelaki kacak berbanding yang bijak kerana 'seks pastinya lebih baik'. |
---|
Rabu, 11 Mac 2009
Rahsia Tahi Lalat
Hahaha. Mari-mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat. Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la saya kalau-kalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini.
Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan
banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan
tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan
dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan(lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan,
banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras,
banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana
Rahsia Mengenal Wanita Dari Cara Berjalan
2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.
3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.
4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.
7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Rahsia Dahi dan Personaliti Wanita
“Hai..pantang tengok yang berdahi licin sikit. Mulalah nak ‘test power!’” Tentu kamu cukup ‘familiar’ dengan kata-kata seperti di atas tu ? Selalunya orang mengaitkan ‘dahi licin’ dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan..Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah ‘cover’kannyer sikit.Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah… cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syaratnya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?
Dahi Jendol
Dahinya agak luas dan seolah-olah ‘benjol’ ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak ‘buruk’ rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia melepaskan ‘burung’ di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia ‘membuta’ sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!
Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung pada orang lain. Bagi mereka, tak ‘mati’ kalau hidup sorang- sorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak ’sempit’! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar mencari pasangan/kekasih!
Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak ‘lapang’ dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak ‘lebar’ di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan. Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal ’simpan menyimpan’ ini. Jadi tak hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.
Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.
Dahi berbentuk ‘M’ atau ‘hati’
Kuat imaginasi rupanya kamu ni yek! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul tapi mereka lebih ’serasi’ dengan orang-orang yang ’sekepala’ dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja ‘rezeki’ yang mereka dapat. Dah nasib badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga’mulut tempayan’ dan sukar simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu ‘membuka’bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu ’satu dunia tahu’,bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!
Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka.Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik ‘over budget’ saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!