Isnin, 30 Mac 2009

Hadapi Masalah?

Tips tenang hadapi masalah


1. Relaks, bertenang & tarik nafas dalam-dalam, kemudian lepaskan secara perlahan-lahan & ulang beberapa kali. Kaedah ini akan membantu melegakan otot yang tegang serta menenangkan fikiran.

2. Luahkan masalah tersebut kepada teman-teman yang boleh dipercayai. Walaupun dia mungkin tidak dapat membantu, tetapi cara ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang kamu tanggung.

3. Bandingkan masalah yang dihadapi dengan orang lain. Mungkin masalah yang kita hadapi ini terlalu kecil berbanding dengan orang lain. Ini juga akan membuatkan kita akan berasa lebih tenang.

4. Luahkan perkara-perkara yang diminati dan ini sedikit sebanyak boleh membuatkan kita lupa untuk memikirkan tentang masalah yang dihadapi.

5. Bercuti ditempat percutian menarik yang belum pernah kamu kunjungi. Ini akan membantu kamu menimba pengalaman baru.

6. Fikirlah secara positif dan ingatkan diri bahawa masalah tersebut hanyalah ujian dan dugaan dari ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan