BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 30 Mac 2009

HALANGAN PERCINTAAN


cinta bukanlah paksaan. bahkan cinta akan hadir tanpa jemputan dan undangan. kalau pun bukan kita yang mengundang, pasti insan lain yang menjemput kita hadir dalam cintanya.

cinta amat menyakitkan, apatah lagi dalam satu masa hadir beberapa insan yang mengundang dan insan yang kita harapkan. membuatkan diriku serba salah, serba tak kena, sukar membuat pilihan dan tidak keruan. membuatkan aku menangis sendirian kerana selama ini tiada siapa pun yang inginkan hadirnya diriku dalam cinta mereka.

cukuplah kekecewaan yang telah ku alami. kali ini biarlah pilihanku tepat, kerana tidak mahu tangisan ini dipersiakan lagi. taknak hati terguris lagi… dan tak mahu melihat kekecewaan orang lain yang akhirnya mengundang penolakan kepada semua cinta yang hadir dan memusnahkan erti pengharapan yang dicelarui dengan hadirnya cinta yang banyak dalam satu masa…

musafir kenangan

0 ulasan: