BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Jumaat, 3 Julai 2009

5 tanda lelaki penipu



# Apabila diajak keluar, bermacam alasan diberi untuk menolak. Ada agenda lainlah tu...

# Apabila bercakap mengenai sesuatu perkara, tuturnya tersangkut-sangkut atau mengelak terus daripada memperkatakannya.

# Sentiasa silent telefon bimbit walaupun di luar waktu bekerja. Jika masa bekerja tu masih logik, tapi waktu keluar bersama kita pun hendak silent. Entah siapalah yang akan hubungi dia sampai hendak sorok-sorok sebegitu.

# Jika lelaki jenis selalu keluar malam tetapi tiba-tiba pada satu malam, dia minta kita usah hubunginya kononnya hendak tidur awal. Hendak tidur, tidur sajalah. Tak perlulah beritahu. Tetapi kantoi bila kita hubungi, telefon bimbitnya dimatikan.... Musykil ni.

# Bila kita ajak dia pergi ke sesuatu tempat, cepat saja dia menolak. Mungkin ada sebab tertentu yang membuatkan dia tak mahu dilihat bersama kita di tempat itu.

0 ulasan: