Isnin, 5 Januari 2009

Tips Raja Sehari


Pada mussim cuti sekolah yang akan lalu, seorang rakan saya telah menamatkan zaman bujang beliau, maklumlah, musim cuti sekolah.. memang ramai yang akan mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Mungkin anda juga salah seorang daripada orang-orang yang akan menempuh hari bahagia tersebut. Tahniah saya ucapkan jika benar begitu.. semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Petang semalam.. saya bersembang dengan rakan-rakan saya, 4 orang darinya telah berkahwin dan seorang akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan ini.

Fuh.. memang tak senang duduk la rakan saya yang bujang itu.. macam-macam tips yang di terima dari rakan-rakan saya yang lain yang telahpun berumahtangga. Ada yang suruh pergi berurut la.. ada yang surut hafal doa qunut la.. ada yang suruh simpan janggut panjang2 .. dan yang paling ganas yang pernah saya dengar.. masa hari akad nikah tu, pastikan si pengantin lelaki memakai seluar dalam terbalik. Ha! ha! ha!.. kononnya, ia boleh mengelakkan daripada terkena "buatan orang" semasa majlis akad nikah berlangsung.. kata rakan saya..ha! ha! ha!.. macam-macam...

Oklah.. itu cerita rakan saya, sekarang ini, saya nak berikan anda beberapa tips sewaktu majlis raja sehari anda nanti. Terpulang pada anda sama ada nak ikuti atau tidak.. :)

#1 : Sentiasa memberikan senyuman..
Di hari tersebut, pastikan diri anda sentiasa tersenyum. Jika anda seorang yang kurang memberikan senyuman, maka, anda boleh praktisnya dari sekarang. Senyuman ini penting, selain menunjukkan yang anda amat gembira pada hari tersebut, ia juga akan memberikan impak yang mendalam pada gambar-gambar perkahwinan anda kelak.

#2 : Sediakan Upah yg Secukupnya.
Mungkin ramai yang tidak maklum lagi, selepas akad nikah, anda perlu memberikan sedikit upah kepada tok kadi yang menikahkan anda. Jumlah ini adalah tetap mengikut negeri, namun jika anda tidak tahu berapa kadar bayarannya, sediakan sahaja RM100 - RM150, jika ada bajet lebih, mungkin juga anda boleh berikan sedikit saguhati kepada 2 orang yang menjadi saksi pernikahan anda. Masukkan duit tersebut dalam sampul surat/bekas angpau siap-siap.

#3 : Solat Sunat Sebelum & Selepas Akad
Mengikut trend terkini, majlis pernikahan biasanya akan diadakan di dalam masjid. Jadi, bagi bakal pengantin lelaki,adalah elok anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas akad nikah,semoga rumahtangga yang dibina lebih diberkati dan dirahmati.

#4 : Makan
Sewaktu makan, memang kena control skit. Biasalah.. pengantin, takkan nak makan dengan gelojoh pula kan? Jadi, nak tak nak. anda kena sedikit control gaya anda menikmati juadah pengantin.. dan disebabkan itu, maka, memang tidak banyak yang anda akan dapat makan.. ala kadar sahaja orang kata. Disebabkan itulah, maka, adalah penting untuk anda mendapatkan sarapan di waktu pagi, semasa hari majlis perkahwinan anda. Kemungkinan anda terpaksa untuk menahan lapar sepanjang hari adalah agak tinggi. Jadi, makan dulu siap-siap pada pagi itu. Kalau tidak, mesti muka anda akan masam sahaja nanti sewaktu sedang bersanding di atas pelamin, sedang kelaparan lah katakan.

#5 : Solat jamak
Ermm.. "jamak" yer!.. bukan "jimak".. jauh maksudnya itu. Bagi pengantin yang datang dari jauh, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan oleh syariat ini. Dihari perkahwinan anda, sudah pastinya anda adalah watak utama pada hari tersebut dan agak sukar untuk anda melarikan diri sebentar untuk menunaikan solat. Jadi, berniatlah untuk menunaikan solat jamak, jika tidak pasti bagaimana melakukan solat jamak dengan betul serta apa syarat-syarat untuk mengerjakan solat tersebut. Dapatkan segera buku panduan solat tersebut di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Itulah antara beberapa tips yang saya mampu kongsikan untuk kali ini. Mungkin tips ini kelihatan agak remeh-temeh, tapi, kadangkala, perkara remeh-temeh inilah yang akan mengganggu kelancaran majlis perkahwinan anda itu. Apa-apa pun, saya doakan agar majlis perkahwinan anda kelak akan berjalan lancar dan meriah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan