Memaparkan catatan dengan label Maskawin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maskawin. Papar semua catatan

Isnin, 5 Januari 2009

Tips Mlam Pertama...


Assalammualaikum semua....

Wah! mesti anda tak sabar-sabar membuka email ini. Maklumlah.. tengok tajuk je pun sudah sedikit mengujakan...

Sebelum ini, saya mendapat banyak juga email dari pelanggan-pelanggan maskahwin.com yang meminta saya memberikan tips-tips menempuh malam pertama. Maklumlah, kata orang malam pertama inilah malam yang paling bersejarah bagi pasangan yang baru bergelar suami isteri.

Saya bukanlah orang yang handal atau sesuai untuk untuk memberikan tips apabila tiba bab-bab seperti ini .. ho! ho! ho!..

Jadi, saya rasa.. adalah elok saya "copy & paste" kan satu artikel yang menarik yang saya temui di internet mengenai tips malam pertama ini..

Selamat membaca..!

===========
8 Teknik memulakan Malam Pertama

Malam pertama adalah saat yang paling diidamkan dan dinantikan oleh setiap pasangan yang baru bergelar raja sehari. Kesibukkan disiang harinya akan tidak begitu terasa memandang fikiran melayang kepada layanan yang akan diberikan oleh pasangan masing-masing.

Namun begitu tidak semua pasangan yang akan menantikan kehadiran malam pertama dengan penuh terbuka, sebaliknya ada yang belum betul-betul bersedia melayani kehendak pasangan masing-masing.

Awas! Harus di ingat, sekiranya anda bertindak terburu-buru,keindahan dan kenikmatan malam pertama kemungkinan besar tiada, ianya akan berubah menjadi suatu malam yang menyakitkan.

1. Jangan Terburu-buru
Malam pertama adalah memori yang harus diingati oleh pasangan masing-masing sehingga ke akhir hayat, maka haruslah lakukan dengan penuh kesabaran kerana anda perlu ingat anda masih lagi dalam peringkat saling kenal mengenali antara satu sama lain.

2. Tidur Secukupnya
Tidurlah secukupnya 3 hari sebelum malam pertama itu kerana ini membekalkan tenaga yang cukup dan janganlah lakukan kerja-kerja yang berat.

3. Jaga Kesihatan.
Jagalah kesihatan anda sebulan sebelum hari malam pertama anda. Ambilah vitamin-vitamin dan jagalah pemakanan anda. Vitamin yang cukup akan membuatkan anda ceria dan dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit. Pada siang hari perkahwinan anda janganlah makan banyak nanti malam kalau sakit perut…rugilah.

4. Pastikan Pasangan Anda betul-betul Bersedia.
Pada malam pertama nanti pastikan pasangan anda betul-betul bersedia dan sekiranya pasangan anda tidak dapat melayani kehendak pada malam pertama anda haruslah faham. Sekiranya terlalu mendesak, kegairahan malam pertama tidak akan dinikmati dan dirasai oleh pasangan masing-masing.

5. Suasana Romantis.
Wujudkan suasana yang romantis di malam pertama. Suami boleh mulakan dengan mengucapkan kata-kata romantis pada pasangannya. Isteri boleh mewujudkan suasana yang romantis dengan boleh mengenakan pakaian yang "daring ".

6. Jangan mengambil ubat.
Janganlah mengambil ubat dengan bertujuan untuk meransangkan pasangan masing-masing, lakukanlah dengan kesabaran dan penuh kasih sayang.

7. Jaga Kebersihan Diri.
Pastikan mulut dan badan anda tidak berbau. Seeloknya bersihkan diri anda dahulu kemudian pakai wangi-wangian untuk membangkitkan ghairah pasangan. Jangan pula guna wangian yang tidak digemari oleh pasangan anda, kerana ini akan menghilangkan mood untuk bersama.

8. Kurangkan bercakap
Elakkan berbincang hal-hal yang berkaitan dengan kenduri di siang hari dan masalah-masalah yang berlaku sebelumnya. Anda haruslah memberikan fokus dan kurangkan berbual dengan pasangan anda. Sebaiknya gunakan sentuhan,rabaan,ciuman,kucupan dan sebagainya untuk membangkit ghairah pasangan anda.

Tips Raja Sehari


Pada mussim cuti sekolah yang akan lalu, seorang rakan saya telah menamatkan zaman bujang beliau, maklumlah, musim cuti sekolah.. memang ramai yang akan mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan mereka. Mungkin anda juga salah seorang daripada orang-orang yang akan menempuh hari bahagia tersebut. Tahniah saya ucapkan jika benar begitu.. semoga rumahtangga yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Petang semalam.. saya bersembang dengan rakan-rakan saya, 4 orang darinya telah berkahwin dan seorang akan melangsungkan perkahwinannya pada bulan ini.

Fuh.. memang tak senang duduk la rakan saya yang bujang itu.. macam-macam tips yang di terima dari rakan-rakan saya yang lain yang telahpun berumahtangga. Ada yang suruh pergi berurut la.. ada yang surut hafal doa qunut la.. ada yang suruh simpan janggut panjang2 .. dan yang paling ganas yang pernah saya dengar.. masa hari akad nikah tu, pastikan si pengantin lelaki memakai seluar dalam terbalik. Ha! ha! ha!.. kononnya, ia boleh mengelakkan daripada terkena "buatan orang" semasa majlis akad nikah berlangsung.. kata rakan saya..ha! ha! ha!.. macam-macam...

Oklah.. itu cerita rakan saya, sekarang ini, saya nak berikan anda beberapa tips sewaktu majlis raja sehari anda nanti. Terpulang pada anda sama ada nak ikuti atau tidak.. :)

#1 : Sentiasa memberikan senyuman..
Di hari tersebut, pastikan diri anda sentiasa tersenyum. Jika anda seorang yang kurang memberikan senyuman, maka, anda boleh praktisnya dari sekarang. Senyuman ini penting, selain menunjukkan yang anda amat gembira pada hari tersebut, ia juga akan memberikan impak yang mendalam pada gambar-gambar perkahwinan anda kelak.

#2 : Sediakan Upah yg Secukupnya.
Mungkin ramai yang tidak maklum lagi, selepas akad nikah, anda perlu memberikan sedikit upah kepada tok kadi yang menikahkan anda. Jumlah ini adalah tetap mengikut negeri, namun jika anda tidak tahu berapa kadar bayarannya, sediakan sahaja RM100 - RM150, jika ada bajet lebih, mungkin juga anda boleh berikan sedikit saguhati kepada 2 orang yang menjadi saksi pernikahan anda. Masukkan duit tersebut dalam sampul surat/bekas angpau siap-siap.

#3 : Solat Sunat Sebelum & Selepas Akad
Mengikut trend terkini, majlis pernikahan biasanya akan diadakan di dalam masjid. Jadi, bagi bakal pengantin lelaki,adalah elok anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas akad nikah,semoga rumahtangga yang dibina lebih diberkati dan dirahmati.

#4 : Makan
Sewaktu makan, memang kena control skit. Biasalah.. pengantin, takkan nak makan dengan gelojoh pula kan? Jadi, nak tak nak. anda kena sedikit control gaya anda menikmati juadah pengantin.. dan disebabkan itu, maka, memang tidak banyak yang anda akan dapat makan.. ala kadar sahaja orang kata. Disebabkan itulah, maka, adalah penting untuk anda mendapatkan sarapan di waktu pagi, semasa hari majlis perkahwinan anda. Kemungkinan anda terpaksa untuk menahan lapar sepanjang hari adalah agak tinggi. Jadi, makan dulu siap-siap pada pagi itu. Kalau tidak, mesti muka anda akan masam sahaja nanti sewaktu sedang bersanding di atas pelamin, sedang kelaparan lah katakan.

#5 : Solat jamak
Ermm.. "jamak" yer!.. bukan "jimak".. jauh maksudnya itu. Bagi pengantin yang datang dari jauh, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan oleh syariat ini. Dihari perkahwinan anda, sudah pastinya anda adalah watak utama pada hari tersebut dan agak sukar untuk anda melarikan diri sebentar untuk menunaikan solat. Jadi, berniatlah untuk menunaikan solat jamak, jika tidak pasti bagaimana melakukan solat jamak dengan betul serta apa syarat-syarat untuk mengerjakan solat tersebut. Dapatkan segera buku panduan solat tersebut di kedai-kedai buku yang berhampiran.

Itulah antara beberapa tips yang saya mampu kongsikan untuk kali ini. Mungkin tips ini kelihatan agak remeh-temeh, tapi, kadangkala, perkara remeh-temeh inilah yang akan mengganggu kelancaran majlis perkahwinan anda itu. Apa-apa pun, saya doakan agar majlis perkahwinan anda kelak akan berjalan lancar dan meriah.

Tips Bertemu Dengan Bakal Ibu & Bapa Mertua.


Oklah, pada kali ni, saya nak bagi satu tips. Tips ini khas untuk si teruna dan dara. Especially.. bagi yang sudah mempunyai "kekasih" dan merancang untuk bertunang atau pun mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini, iaitu, tips bertemu dengan bakal ibu & bapa mertua.

Pertemuan dengan bakal mertua ini sememangnya penting dan amat mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia adalah merupakan pertemuan kali yang pertama. Seperti yang orang jawa selalu kata.. "first impression is important", eh orang jawa kata ke?.. Tak kisahlah.. yang penting inilah masa yang agak genting untuk menentukan sama ada anda akan di sayangi ataupun kurang disenangi oleh bakal mertua anda. Jika kali pertama berjumpa pun bakal mertua anda sudah kurang senang dengan diri anda, pastinya, perjalanan anda untuk hidup bersama dengan anak mereka akan menjadi sedikit sukar. Jadi, pastikan anda melakukan yang terbaik sewaktu perjumpaan kali pertama dengan bakal mertua anda.

Tips #1 : Masa

Antara waktu yang paling sesuai untuk pertama kali bertemu dengan bakal mertua, adalah pada hari-hari keraian dan "bersempena" seperti pada hari raya, hari kenduri, ataupun sempena apa-apa majlis dimana, tuan rumah (bakal mertua anda) mengalu-alukan kedatangan anda.

Berbanding, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, pada hari-hari biasa... lebih-lebih lagi, jika kedatangan anda itu tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh bakal mertua anda pastinya keadaan akan menjadi sedikit janggal.

Jadi, elakkan datang berjumpa dengan bakal mertua anda secara tiba-tiba atau pun atas desakan kekasih anda semata-mata. Itu bukanlah suatu cara yang elok, walaupun niat hati kekasih anda adalah murni, iaitu hendak memperkenalkan anda dengan ibu-bapanya.. tapi pastikan ia dilakukan dengan penuh tertib dan bukannya secara mengejut atau pun "surpriseee".

Silap hari bulan... anda yang akan "surprise".


Tips #2 : Pakaian

Bagi lelaki, jangan sesekali datang dengan baju t-shirt yang mempunyai gambar "tengkorak berdarah"... kemudian.. datang pula dengan segerombolan rakan-rakan "mat motor" anda.. fuh.. silap-silap kena reject pula anda nanti. Seelok-eloknya. kenakan baju kemeja lengan pendek beserta dengan seluar slack.

Bagi perempuan pula.. sudah semstinya baju kurung sudah kelihatan agak sopan. Saya kira tiada masalah bagi perempuan dari segi pemakaian.

Saya tahu.. mungkin anda kurang selesa dengan baju berkolar atau pun baju kurung. Tapi.. seperti yang saya nyatakan tadi, first impression itu penting. Berikan keyakinan kepada bakal ibu & mertua anda bahawa anda adalah seorang yang matang dan bertanggungjawap. Biar tenang dan sejuk sedikit hati bakal mertua anda melihat anda. Barulah lega sedikit hati mereka nak melepaskan anak mereka kepada anda.


Tips #3 : Topik perbincangan

Satu masalah yang seringkali dialami apabila kali pertama bertemu dengan bakal mertua.. ialah masalah mengenai "topik perbualan", maklumlah, anda orang muda, manalah tahu sangat nak bual-bual dengan orang yang lebih tua, lebih-lebih lagi jika anda semamangnya adalah seorang yang pendiam. Fuh!!.. ini memang agak kritikal, takkan anda hanya ingin berdiam diri sahaja? Apa topik yang sesuai untuk dibualkan yer?. Saya dahulu pun mengalami masalah ini.. tak tahu apa yang hendak dibualkan apabila bertemu dengan bakal mertua saya dahulu. Sudahlah saya ini seorang yang pemalu dan pendiam.. bakal mertua saya tu pun sama.. jenis pendiam juga orangnya, Oh!.. memang sunyi sepilah sewaktu pertemuan itu nanti.

Jadi, disini, saya nak bagi satu tips (alangkah baiknya jika saya tahu tips ini sebelum bertemu bakal mertua saya dahulu) . Jika anda adalah seorang yang pendiam dan tidak tahu apa topik yang ingin dibualkan dengan bakal mertua anda nanti.. pastikan, sebelum anda datang kerumah kekasih anda. Tanya kekasih anda terlebih dahulu.. apakah perkara yang diminati oleh ibu bapanya?. Adakah mereka minat memancing? Minat bola? minat kereta? minat berkebun? berniaga?.. atau paling mudah.. ketahui, apa pekerjaan ibu bapa kekasih anda.

Dari situ.. maka.. bolehlah anda membuat sedikit kajian dan bacaan berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan ibu-bapa kekasih anda itu. Jika ibu-bapa kekasih anda itu guru.. maka.. anda kenalah ambil tahu sedikit isu-isu berkaitan dengan guru sekarang ini seperti kes buli pelajar ke.. isu -isu yang berkaitan dengan pendidikan ke.. atau apa-apa sahaja isu yang berkaitan.

Saya tahu.. mungkin anda kurang minat dengan isu-isu tersebut.. tetapi.. untuk menambat hati bakal mertua anda.. anda perlu tahu serba sedikit tentang perkara-perkara yang bakal mertua anda minati. Barulah boleh "mahsyuuukkk" orang kata. Tetapi.. jika pekerjaan bakal mertua anda adalah pegawai penyelidik kimia dan anda sememangnya tidak tahu apa-apa langsung tantang kimia. Maka.. bincangkanlah isu-isu umum.. seperti.. cuaca.. jerebu.. kuih raya.. buat sendiri ke beli.. jualan murah.. dan sebagainya. (sebab itulah saya cadangkan anda berjumpa sewaktu menyambut hari raya.. banyak sikit idea boleh dibualkan). Walau apa-apa pun isu yang anda bualkan nanti.. pastikan anda bersetuju dan bersependapat dengan kenyataan-kenyataan serta ayat-ayat bakal mertua anda itu. Ini bukanlah waktu yang sesuai untuk anda berbahas dan menunjukkan kehebatan anda berpidato... bak orang kata.. "angguk"kan sahaja selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat agama.

Tips #4 : Rajin-rajinkan diri

Jika lelaki, kedatangan ke rumah bakal mertua lebih sesuai dengan duduk dan berbual-bual. Tetapi bagi perempuan, jika anda datang ke rumah bakal mertua anda, tunjukanlah sedikit kerajinan anda. Mungkin anda boleh ke dapur membantu memasak atau membuat air ataupun membasuh pinggan mangkuk selepas makan (sesuai jika kedatangan anda sememangnya dijemput khas untuk makan tengahari atau malam bersama keluarga bakal mertua anda). Yer.. mungkin cara ini agak kelihatan seperti ke"kampung"an sedikit.. tetapi.. hasilnya tidak pernah mengecewakan.. :). Tak percaya? Anda boleh cuba...

Oklah!.. panjang pula email saya kali ini. Saya rasa, cukuplah sampai disini sahaja dulu untuk kali ini, insyallah.. jika ada masa terluang, saya akan hantar email lagi di lain kali. Akhir kata, saya doakan saat pertemuaan anda dengan bakal mertua anda berjalan lancar dan selamat menawan hati bakal mertua anda. Untung-untung.. kuranglah sedikit wang hantaran anda nanti.. he! he! he!...


Wassalam...