Jumaat, 3 Julai 2009

Tip Untuk Mengetahui Lelaki Suka Kita Atau Tak


Pernahkah anda tertanya jika lelaki yang anda idamkan sukakan anda? Mungkin anda boleh tanya lelaki itu sendiri, tetapi anda mungkin malu untuk bertanya soalan sedemikian.

Dan jika anda bertanya, anda akan bertambah malu jika lelaki itu memberi jawapan yang beliau tidak sukakan anda.

Anda tak perlu malukan diri. Berikut adalah 3 cara pantas untuk mengetahui jika lelaki yang anda idamkan sukakan anda.

1) Adakah si lelaki itu gelisah bila bersama anda? Lelaki akan kelihatan gelisah atau "tak kena gaya" jika berdepan dengan gadis yang dia suka.

2) Perhatikan gerak geri si lelaki. Dia cuba menenung anda? Atau dia selalu senyum kat anda? Atau dia sering memulakan perbualan? Dan adakah dia berdiri dekat dengan anda. Ini semua adalah tanda yang si lelaki sukakan anda.

3) Sentuhan juga adalah tanda jelas yang si lelaki sukakan anda. Bukan sentuhan intim yang dimaksudkan. Tetapi sentuhan seperti menepuk bahu anda atau geselan cara tak sengaja di tangan anda. Lelaki yang sukakan anda akan mencari peluang untuk menyentuh anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan