Selasa, 17 November 2009

Cara-cara Membuatkan Si Dia Mengajak Anda Berkahwin!


Cinta adalah sesuatu yang indah। Walaupun indah, adakalanya ia menyebabkan kita menangis, sepi dan keseorangan (Keseorangan bila cinta syok sendiri lah tu :) ). Tetapi walaupun cinta sudah lama diucapkan, lamaran perkahwinan tidak juga kunjung tiba. Jika ini berlaku, perkataan cinta mula dipersoalkan.

Jika dia benar cintakan diriku ini mengapakah dia tidak rela hidup bersamaku?

Banyak alasan dari pihak jejaka mengapa hal ini terjadi. Antara yang kerap didengar adalah “Tidak Bersedia”, “Duit Tak Cukup”. Persoalannya, adakah alasan-alasan ini benar atau alasan yang sahaja diputarkan untuk mengelakkan diri dari bertanggungjawab ke atas si gadis? Ialah selepas diusung ke hulu ke hilir selama beberapa tahun, dipeluk, dicium dan sebagainya. Jika hal ini berlaku, Dr. Love dari Syokkahwin.com ada beberapa cara yang anda boleh praktikkan bagi membuatkan si dia cepat mengajak anda untuk berkahwin.

  1. Anda akan bertunang dengan orang lain: Cuba anda uji dia dengan mengatakan bahawa keluarga anda akan menjodohkan anda dengan orang yang lain sekiranya si dia tidak datang meminang dalam waktu yang tertentu. Tengok adakah beliau akang menggelabah.
  2. Berhenti dating! Ya..manusia mempunyai sifat yang selalu dahaga. Inginkan sesuatu yang mereka tidak dapat. Cuba anda mengatakan kepada si dia yang anda sudah bosan keluar bersama dan hanya akan melayan si dia sekiranya dia bersedia untuk berumahtangga.
  3. Kerja di tempat yang jauh. Cuba nyatakan bahawa anda telah ditugaskan di tempat yang jauh atau anda berhajat untuk bekerja di tempat yang lain. Jika si dia bertanya, nyatakan bahawa anda ingin meluaskan pengalaman dengan mengenal orang-orang di negeri yang lain terutama yang baru.
  4. Bina hidup dengan kareer anda. Mungkin dari menghabiskan masa dengan berdating anda boleh lebihkan membaca dan fokus kepada bisnes sampingan. Usahakan dengan tekun dan lupakan kekasih anda buat sementara waktu. Jangan asyik menempel sahaja. Ini akan membuatkan si dia berasa sunyi. Cadangkan kepada si dia bahawa dia juga boleh menyokong kerjaya anda atau bisnes sampingan anda dan pada masa yang sama di samping anda sekiranya anda berdua berkahwin.
  5. Hentikan kata ucapan cinta – Jangan biarkan si dia perasan tanpa sempadan. Nie asyik-asyik, I love you, sayang you..love you baby..Masya-Allah!!
  6. Banyakkan berkawan dengan lelaki lain supaya dia berasa terancam. Jika anda hanya mengenali dia, anda akan mudah dimanipulasi oleh si dia. Anda akan menjadi lemah. Walaupun perasaan anda banyak kali diseksa, anda tiada harapan lain kecuali kepada si dia. Oleh itu banyakkan berkawan ya..Berkawan melalui friendster, myspace atau facebook pun boleh.
  7. Beri kata dua. Secara jujur katakan kepada dia bahawa jika dirinya masih lagi dengan cara yang ingin enjoy sesaja, lupakanlah diri anda. Anda ada kareer, kawan lelaki lain yang boleh anda harapkan. Jangan layan pujuk rayunya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan