BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Isnin, 8 Ogos 2011

Pilihan Keluarga






Siapa sangka,bercinta bukan main nak rak,akhirnya pilihan keluarga juga yang menjadi jodoh aku.Aku mengenali bakal calon suamiku pada 15hb07 2010.Tapi aku tidak kisah,kerana aku telah mengenalinya sejak dibangku sekolah lagi.Bahagia sangat aku rasa,walaupun pilihan keluarga,ramai orang cakap kami macam couple,bukan macam pilihan keluarga,mana tidaknya dulu dia salah seorang yang menjadi rebutan budak-budak perempuan.Walaupun dia tidak mengenaliku,aku memang sudah lama meminatinya.KIranya kami mengenali 3bulan dahulu sebelum bertunang.Dia bekerja sebagai chef commis 1 di Novotel City Central Kuala Lumpur.Nasib baik lah aku pandai masak,kalau tidak,malu aku dengan dia bab dia pandai masak.Tapi tidak lah sehebat dia.Tanggal 4hb 10 tahun 2010,aku Norzahira Binti Hassan telah menjadi tunang kepada Hasmahadi Bin Daud.Pertunangan aku diadakan di rumah tok n wan aku,Tok n wan aku tinggal Di Kampung Sertik.Memang 1 kampung dengan tunang aku ini lah.

0 ulasan: